Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Anda dah ada tanah sendiri untuk bina rumah? Seterusnya anda perlukan 4 perkara berikut untuk menjadikan rumah impian anda satu kenyataan. Di Hardy Constructions & Trading, kami mahu memudahkan anda. Dengan Hardy, segalanya pasti lebih mudah baso, seney kiro.

Lukis Pelan Rumah

Anda tidak perlu risau untuk mengubah orang luar dalam membina pelan rumah kerana di Hardy sendiri memiliki pasukan yang mempunyai kemahiran dalam menghasilkan lukisan pelan rumah. Anda beri idea, kami nukilkan di atas kertas.

Pelantikan Peguam

Untuk menguruskan soal pembayaran dan pinjaman, peguam dilantik agar kedua – dua pihak iaitu pemaju dan juga pemilik dapat menyelesaikan sebarang tuntutan berbangkit sepanjang proses pembinaan sehingga selesai penyerahan kunci.

Urus Pinjaman Perumahan

Menguruskan pinjaman perumahan memerlukan dokumen lengkap dari segi geran tanah, pelan rumah dan maklumat yang lain. Untuk tidak memeningkan kepala anda dan tak perlu banyak kali ke pejabat lawyer, biar pihak kami uruskan pinjaman anda.

Pembinaan Rumah

Pihak Hardy Construction amat berbesar hati untuk menyiapkan setiap projek yang diamanahkan dengan seberapa pantas yang boleh bergantung kepada kadar pembayaran yang dipersetujui oleh pemilik rumah. Hardy sudah memiliki pengalaman lebih 8 tahun dalam pembinaan rumah.