Servis

Kami menawarkan proses lengkap untuk anda mendapatkan rumah idaman anda pada kadar yang sangat berpatutan dan menepati piawaian PBT tempatan.

Bina Rumah/ Ubahsuai Rumah

Kepakaran kami adalah menghasilkan rumah idaman anda mengikut spesifikasi yang anda kehendaki. Anda boleh membina dan mengubahsuai rumah anda dengan kepakaran kejuruteraan kami yang berkelayakan.

Lukisan Pelan 3D

Arkitek dan pelukis pelan akan menghasilkan lukisa pelan 3D supaya anda mendapat gambaran jelas rupabentuk rumah yang anda inginkan. Dengan rekaan penuh 3D membantu anda dan kami memberikan bajet yang paling optimum.

Kerja Elektrikal dan Perpaipan

Sistem elektrikal pendawaian rumah dan perpaipan mestilah mematuhi standard supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Hardy Construction memiliki pasukan mahir dalam mengendalikan sistem pendawaian dan perpaipan yang standard.