Pinjaman Perumahan

Skim Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan

Kakitangan Awam yang ingin memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk harta/rumah yang dibeli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak perlu berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia juga dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan.

Syarat-syarat asas:

  1. Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  2. Warganegara Malaysia
  3. Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  4. Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
  5. Telah disahkan dalam jawatan
  6. Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
  7. Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
  8. Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
  9. Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
    Kelayakan Pinjaman

Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong / Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai- pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut:

 

Bil
Gaji Bulanan Bersih (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1
8,500 ke atas
600,000.00
2
6,500 ke 8,499
562,000.00
3 5,500 ke 6,499 525,000.00
4 4,500 ke 5,499 500,000.00
5 3,500 ke 4,499 475,000.00
6
3,000 ke 3,499
400,000.00
7
2,500 ke 2,999
350,000.00
8
2,000 ke 2,499
320,000.00
9
1,500 ke 1,999
260,000.00
10
1,200 ke 1,499
210,000.00
11
1,000 ke 1,199
150,000.00
12
999 dan ke bawah
120,000.00

Skim Pinjaman Perumahan Bank

Bank-bank tempatan menyediakan pinjaman perumahan, secara islam dan konvensional. Untuk membantu pembeli-pembeli yang tidak layak memohon pinjaman perumahan kerajaan disebabkan mereka bukan kakitangan kerajaan atau sebagainya.

Pinjaman Perumahan Konvensional

  • Pinjaman Perumahan Konvensional merupakan sebahagian besar dari jumlah keseluruhan pinjaman perumahan di pasaran. Dalam Pinjaman Perumahan Konvensional peminjam  bersetuju membayar balik pinjaman sekali dengan faedah dalam jangka masa pinjaman yang ditentukan.
  • Kebiasanya bank mengenakan kadar faedah tetap atau boleh ubah.

Pinjaman Perumahan Islam

Konsep Pinjaman Perumahan Islam sedikit berbeza dengan Pinjaman Perumahan Konvensional.Perumahan Islam tidak berdasarkan faedah. Pembiayaan perumahan Islam di Malaysia biasanya terbahagi kepada dua jenis – Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau Musyarakah Mutanaqisah (MM).

  • Bai’ Bithaman Ajil (BBA)

Konsep pertama yang digunapakai  di Malaysia ketika kewangan Islam mula-mula diperkenalkan. Dalam pembiayaan perumahan BBA, bank mulanya membeli harta pada harga pasaran dan menjual semula kepada pelanggan pada harga yang dipersetujui.

Harga ini adalah harga pembelian harta tambah keuntungan bank. Bank dan pelanggannya kemudiannya bersetuju dengan satu jangka masa dan jumlah bayaran ansuran tanpa kadar faedah.

  • Musyarakah Mutanaqisah

Melalui konsep ini, bank dan pelanggan berkongsi modal untuk mendapatkan sesuatu aset. Melalui perkongsian ini pemilikan keatas aset ini menjadi pemilikan kedua belah pihak.Aset tersebut akan menjadi milik penuh pelanggan apabila selesai membayar kesemua bayaran pembiayaan dalam temph masa yang ditetapkan.

Nota: Adalah penting untuk menyemak kadar sebenar pinjaman yang dibenarkan dengan pihak penyedia dana terlebih dahulu supaya rumah dapat disiapkan mengikut jumlah kadar yang sebenar. Ianya bergantung kepada komitmen dan hutang sedia ada yang telah dibuat.