Seronoknya jika ada rumah sendiri kan? Makin seronok jika dapat bina rumah banglo sendiri mengikut kehendak citarasa yang dah lama diidamkan sejak dulu. Anda dah ada tanah sendiri untuk bina rumah? Jika ya, anda adalah antara mereka yang bertuah kerana dapat bina rumah banglo atas tanah sendiri.

bina rumah banglo murah

Tapi bukannya mudah sebenarnya untuk bina rumah banglo sendiri ini. Sebagai seorang pemilik tanah, anda terlebih dulu perlu melakukan langkah awal sebelum proses untuk mula bina rumah banglo itu boleh di buat.

bina rumah banglo murah

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai persediaan wajib yang anda tahu sebelum memulakan proses bina rumah banglo atas tanah sendiri ini. Tak mengapa, jangan bimbang kerana di sini akan dikongsikan perkara-perkara yang berkaitan persediaan wajib tersebut untuk dijadikan panduan untuk anda semua yang memerlukan.

Persediaan Wajib Anda Tahu Sebelum Mula Bina Banglo Sendiri

Sebelum memulakan apa-apa tindakan untuk merealisasikan impian bina rumah banglo atas tanah sendiri ini, anda terlebih dulu perlu tahu perkara-perkara asas yang ada. Ini bagi memastikan yang anda tidak akan mengalami apa-apa masalah yang berkaitan di kemudian hari dan dalam masa yang sama anda juga dapat memiliki kediaman peribadi sepenuhnya di atas tanah hakmilik sendiri dengan penuh jayanya. Antara perkara yang perlu anda tahu itu adalah berkaitan dengan tanah, dokumen dan juga isu bayaran.

kos bina rumah banglo

Bahagian Pertama – Tanah

Persediaan wajib anda tahu untuk tanah ini adalah pada beberapa bahagian seperti geran tanah, keadaan sturktur tanah, jenis permukaan tanah dan juga keadaan sekelilingnya samada sesuai ataupun tidak untuk dijadikan sebuat lot banglo yang anda idamkan.

kos bina rumah banglo

  1. Geran Tanah

Geran tanah ini adalah perkara yang paling penting sekali untuk dijadikan langkah awal yang pertama untuk urusan bina banglo atas tanah sendiri. Geran teramatlah penting dalam mana-mana proses pembinaan rumah kediaman tidak kira dalam saiz besar mahupun kecil. Tanpa geran, anda boleh dianggap sebagai penceroboh dan boleh di ambil tindakan sekiranya mendirikan apa saja bangunan di atas mana-mana tanah tanpa ada geran yang sah dengan nama anda sendiri di dalamnya.

cara bina rumah banglo

Jika kebetulan tanah itu adalah milik ahli keluarga terdekat ataupun pasangan, anda perlu pastikan dengan jelas yang nama di atas geran tersebut adalah nama si pemiliknya yang betul samada nama ibu, nama ayah mahupun nama pasangan. Geran ini juga boleh dikongsi dengan menamakannya dengan nama suami dan isteri dalam bentuk perkongsian hak milik bersama.Anda wajib untuk pastikan juga kategori yang telah diletakkan untuk tanah tersebut. Antara kategori untuk tanah ini adalah seperti pertanian, komersial, ataupun kediaman. Jika kategorinya bukan untuk kediaman anda patut menukarkannya di Pejabat Tanah yang berhampiran.

bina rumah banglo murah

Untuk urusan berkaitan dengan geran tanah ini, anda boleh lakukan sendiri semuanya dari awal hingga akhir ataupun anda juga boleh menggunakan mana-mana pihak perunding tanah ataupun dengan melantik mana-mana peguam. Namun, anda jangan pula terlupa yang semua kos sepanjang urusan ini diproses memerlukan jumlah biaya dan jumlah tersebut perlu dilunaskan oleh anda sendiri secara sepenuhnya.

bina rumah banglo atas tanah sendiri

  1. Keadaan Tanah

Selain daripada urusan berkaitan dengan geran, anda juga wajib tahu berkaitan dengan faktor tanah di mana akan di bina rumah banglo sendiri anda itu nanti. Anda wajib ketahui samada tanah tersebut adalah di dalam keadaan rata, berbukit, tanah lembah,  tanah rendah dan sebagainya. Tanah yang telah dibiarkan terlalu lama tanpa dibersihkan itu hendaklah ditebas dan dibersihkan sepenuhnya dulu. Begitu juga jika tanah itu di dalam kawasan yang agak berhutan. Anda hendaklah membersihkan segalanya dahulu sehingga bersih untuk urusan pengeceman tanah yang lebih tepat dan berkesan.

bina rumah banglo

Setelah dikenalpasti dan didapati tanah anda ada itu mengalami masalah maka anda hendaklah memikirkan jalan untuk menyelesaikannya sebelum urusan bina rumah banglo boleh dimulakan. Antara perkara yang perlu anda lakukan selain daripada membersih kawasan tadi adalah seperti urusan tambun tanah supaya kawasan tapak bina rumah banglo anda itu menjadi lebih tinggi dan juga urusan pembinaan akses jalan daripada jalan utama sehingga ke tanah tempat di mana rumah kediaman anda akan di bina itu nanti.

bina rumah banglo murah

Kos-kos untuk urusan kerja membersih, menimbun dan membuat akses jalan untuk tanah anda itu hendaklah dengan menggunakan duit poket anda sendiri. Ini kerana pihak kontraktor selalunya hanyalah menyediakan perkhidmatan bina rumah banglo semata-mata. Seperkara lagi, anda juga perlu tahu dimanakah sebenarnya lokasi batu sempadan yang betul dan tepat untuk tanah anda itu supaya tidak berlaku kesalahan melanggar kawasan yang boleh menyebabkan masalah besar. Luas tanah ini berdasarkan lot tanah yang dipersetujui oleh pejabat tanah kawasan anda.

bina rumah banglo

Bahagian Kedua – Pelan Rumah

Setelah geran dan tanah selesai dibersihkan, anda sebagai bakal pemilik kediaman perlulah menyiapkan dokumen seterusnya yang berkaitan dengan pelan. Yelah, pihak yang berwajib mesti mahu tahu bagaimanakah pelan rumah anda itu dan adakah sesuai dengan lokasi yang akan didirikan. Antara pihak yang perlu anda jumpa berkaitan dengan dokumen plan ini adalah pihak kontraktor yang akan dipertanggungjawabkan untuk urusan bina rumah banglo untuk anda itu nanti.

bina rumah banglo

Dokumen yang berkaitan termasuk dengan pelan ini perlu dilaksanakan dengan baik secara perbincangan bersama dengan pihak kontraktor yang anda pilih itu bagi memudahkan lagi proses.  dikemaskini oleh pemilik. Oleh itu, boleh mula berbincang dangan kontraktor tentang proses-proses bina rumah. Proses ini bermula dengan perbincangan “dua mata” antara anda dan kontraktor. Dalam proses awal ini kontraktor biasa akan menggentengahkan tentang perjalanan proses bermula proses pelan, kelulusan dari majlis daerah, pembiayaan projek, dan proses pembinaan.

bina rumah banglo atas tanah sendiri

Proses Pelan

Proses pelan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pelan lantai, pelan 3D dan kemudian ke plan detail. Pelan lantai sering diberi keutamaan kerana ia akan dapat menunjukkan detail penyusunan ruangan asas dalam rumah tersebut seperti bilik, dapur, tandas, ruang tamu, balkoni, dan sebagainya.

kos bina rumah banglo satu tingkat

Pelan lantai ini kebiasaannya pihak kontraktor yang akan bantu sediakan dengan mengambil kira citarasa anda terhadap susunan ruang yang akan di bina nanti. Ini bagi memastikan yang semua penghuni akan berasa selesa dan serasi dengan semua penyusunan ruang yang akan di diami secara bersama itu nanti.

Bina-Rumah-Banglo

Setelah pelan lantai siap dan telah dipersetujui oleh anda selaku si empunya kediaman yang akan di bina itu, pihak kontraktor akan mula melakukan pelan dalam bentuk 3D pula. Pelan 3D ini merupakan gambaran awal untuk memberikan gambaran yang lebih jelas sebagaimana rupa sebenar setelah rumah anda siap dibina nanti. Melalui pelan 3D ini gambaran dari setiap sudut akan turut dapat membantu kontraktor untuk memahami rekabentuk rumah tersebut dengan lebih detail dan nyata.

bina rumah banglo murah

Majlis Daerah

Akhir sekali adalah dengan Majlis Daerah di kawasan yang akan di bina rumah banglo untuk anda itu nanti. Persetujuan anda dan kontraktor ke atas sesuatu pelan rekabentuk rumah tidak bererti boleh terus di bina. Sebaliknya pelan rekabentuk tersebut hendaklah dihantar kepada pihak Majlis Daerah kawasan anda untuk tujuan pemeriksaan.

cara bina rumah banglocara bina rumah banglo

Jika pemeriksaan tersebut di dapati tiada sebarang masalah, barulah anda diberikan kelulusan penuh untuk bina rumah banglo impian anda itu sebagaimana yang telah dirancangkan dengan bantaun daripada pihak kontraktor yang akan diupah itu.  

BAHAGIAN KETIGA : PEMBIAYAAN PEMBINAAN

Pembiayaan kos semestinya adalah bahagian yang paling mengujakan. Apakan tidak, bahagian inilah yang akan berlangsung dengan penuh dramatik. Dramatik pada si empunya tanah kerana perlu berusaha mendapatkan sejumlah wang untuk segala kos biaya untuk bina rumah banglo dan dramatik juga untuk para kontraktor kerana dapat rezeki dari anda untuk dikongsi sesama para pekerja yang telah bersusah payah melakukan urusan bina rumah banglo untuk anda itu.

bina rumah banglo murah

Selalunya, kaedah bayaran yang sering digunapakai oleh pihak kontraktor ke atas si empunya tanah seperti anda adalah secara “claim”.  Bagi Kos proses bina rumah banglo sebegini, ia akan dilakukan melalui 2 kaedah iaitu secara tunai atau pinjaman bank dan agensi-agensi yang berkaitan.

Bayaran Tunai

Bayaran secara tunai lebih mudah kerana terus saja melibatkan wang ringgit secara tunai tanpa perlu melibatkan pihak bank sama sekali. Walaupun secara tunai sistem bayaran juga mengikut tahap ataupun peratus rumah pelanggan yang telah dibina itu.

harga bina rumah banglo 2 tingkat

Pinjaman Bank

Kepada yang tidak bekerja di bawah sektor kerajaan , anda  masih lagi boleh membuat pinjaman melalui bank. Dalam Malaysia banyak bank yang menawarkan pinjaman dengan kadar cukai yang rendah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memilih bank yang boleh menerima permohonan anda itu tapi jangan lupa yang ia akan turut melibatkan cagaran seperti geran tanah dan rumah yang senilai dengan jumlah wang yang akan di pinjam itu. Yelah, tanpa sebarang cagaran sebagai jaminan mana boleh pinjam duit senang-senang.

bina rumah banglo atas tanah sendiri

Dah Selesai Segala Urusan Berkaitan Tanah, Dokumen dan Pembiayaan? Pihak Hardy Construction & Trading Boleh Bina Rumah Impian Untuk Anda !

Selesai segalanya , proses bina rumah banglo akan terus dimulakan oleh pihak kontraktor. Selalunya proses pembinaan ini akan mengambil masa sekitar 5 ke 6 bulan bergantung kepada keluasan rumah dan tahap rekabentuk rumah yang akan di bina itu.

cara bina rumah banglo

Bagi anda yang berada di sekitar negeri Kelantan, anda bolehlah menggunakan khidmat daripada Hardy Construction & Trading yang sememangnya telah sangat terkenal sebagai salah sebuah syarikat kontraktor yang boleh dipercayai dan punya kepakaran yang tinggi dalam urusan bina rumah banglo di Pantai Timur.

cara bina rumah banglo

Kelebihan Yang Pelbagai Sesuai Dengan Kehendak Anda Sendiri

Jika anda mengambil keputusan untuk memilih Hardy Construction & Trading ini, segala perkara berkaitan bina rumah banglo di atas tanah sendiri dapat di bantu dengan sepenuhnya. Samada soal berkaitan pelan rumah, perlantikan peguam dan proses pinjaman daripada pihak bank, segalanya dapat dibantu oleh pihak Hardy Construction & Trading ini untuk anda.

harga bina rumah banglo 2 tingkat

Kesimpulannya, Hardy Construction & Trading mampu membantu segala kerja-kerja yang perlu anda lakukan sejak awal demi untuk memenuhi impian sendiri untuk bina rumah banglo di atas tanah sendiri tersebut. Inilah cara terbaik untuk memudahkan lagi urusan anda itu dan semestinya pihak Hardy Construction & Trading ini juga dapat membina rumah banglo mengikut citarasa anda dengan kadar harga yang sangat berbaloi. Ini kerana pihak Hardy Construction & Trading bukan hanya bergelar kontraktor tetapi juga antara pembekal bahan binaan rumah yang terbesar di Pantai Timur.

harga bina rumah banglo 2 tingkat

Inilah Antara Para Pelanggan Yang Telah Menggunakan Khidmat Hardy Construction & Trading

harga bina rumah banglo 2 tingkat

cara bina rumah banglo

Jom Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Di Kelantan Dengan Khidmat Hardy Construction

Anda menginap di Kelantan dan dah lama idam untuk bina rumah banglo di atas tanah sendiri?Jika ya, Hardy Construction & Trading benar-benar dapat membantu merealisasikan niat dan impian anda itu. Hubungi pihak Hardy dan anda akan dapat miliki rumah terbaik yang cantik selesa dengan kadar harga yang sangat berpatutan sekali.

HARDY CONSTRUCTION & TRADING – KONTRAKTOR BINAAN KELANTAN
Hotline : Tekan untuk telefon (016-4448949) | Tekan untuk Whatsapp
E-mail : hadi.zulkifli@yahoo.com