Setiap orang mengimpikan rumah idaman mereka untuk diduduki bersama keluarga tercinta. Tambah pula anda seorang yang sudah bekerjaya tetap dan sudah mampu untuk memiliki sebuah rumah idaman yang bercirikan apa yang anda idamkan selama ini. Kalau dilihat pada pasaran hartanah hari ini, harga sebuah rumah banglo siap agak tinggi di luar kemampuan kita semua.

harga bina rumah atas tanah sendiri

Cuba anda lihat bahan yang digunakan pula adakah setanding dengan harga yang ditetapkan? Sudahlah mahal, jangan pula tak sampai setahun cat dinding sudah luntur warnanya. Paling mengecewakan adalah ada juga kes rumah retak sehingga penghuni perlu keluar menyewa rumah lain pula. Wang simpanan pula sudah habis digunakan untuk bayaran deposit manakala komitmen bulanan untuk bayaran pinjaman bank perlu diteruskan pembayaran.

harga bina rumah atas tanah sendiri

Berita gembira untuk warga Kelantan! Anda kini mampu membina rumah atas tanah sendiri dengan lebih murah. Ramai yang sudah lama menabung untuk memiliki rumah sendiri dengan hasil titik peluh bekerja keras bertahun lamanya. Jangan tersalah pilih kontraktor!! Jom ikuti perkongsian artikel ini yang akan berkongsi tentang membina rumah atas tanah sendiri dengan kos yang lebih murah.

Ketahui Kos Yang Terlibat Dalam Pembinaan Rumah Atas Tanah Sendiri

kos bina rumah atas tanah sendiri di kelantan

Sebelum anda mahu membina sebuah rumah idaman, anda perlu mengkaji dan meneliti terlebih dahulu semua kos yang akan terlibat untuk membina rumah anda itu nanti. Anda boleh melakukan kajian sendiri melalui keluarga, rakan – rakan, iklan di internet atau melalui hebahan pamplet di serata tempat. Apa yang menjadi persoalan di sini adalah, adakah sumber anda boleh dipercayai? Risau juga sekiranya akan berlaku banyak kos tersembunyi yang perlu anda jelaskan di kemudian hari nanti. Jom ketahui antara kos – kos yang terlibat dalam pembinaan rumah atas tanah sendiri ini.

Kos Pelan

harga bina rumah atas tanah sendiri

Anda perlu mengeluarkan bayaran sebagai upah untuk pelukis pelan menghasilkan pelan rumah idaman anda. Di sini, anda boleh menggunakan reka bentuk rumah yang sedia ada atau anda mahu pelan rumah seperti yang anda inginkan. Setiap individu pasti mempunyai rumah idaman, maka ketika inilah anda perlu realisasikan impian anda itu.

Kos Guaman

kos bina rumah atas tanah sendiri

Perlantikkan peguam sangat penting dalam proses pembinaan rumah yang melibatkan proses pembayaran dan pinjaman. Syarikat guaman ini akan menguruskan segala dokumen yang terlibat bagi memudahkan segala urusan antara pemilik rumah dan pemaju.

Kos Bahan Binaan

kos bina rumah atas tanah sendiri

Sekiranya anda mahu membina rumah sendiri, kos bahan binaan ini merupakan kos yang sangat penting. Di sini anda akan terlibat dengan pelbagai jenis pembekal, mengenali bahan binaan rumah yang terbaik serta memerlukan kontraktor yang berpengalaman.

Kos Upah Tukang

kos bina rumah atas tanah sendiri di kelantan

Mahu rumah idaman seperti yang diimpikan? Pilihlah tukang yang berpengalaman supaya segala kerja dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Tukang rumah juga perlu mahir dan berpengetahuan supaya mereka dapat membuat keputusan yang terbaik dalam memilih material bahan binaan rumah nanti.

Kos Bayaran Pendahuluan

kos bina rumah atas tanah sendiri

Kos bayaran pendahuluan atau boleh dikenali sebagai bayaran deposit ini adalah sejumlah wang tunai yang dikeluarkan oleh pemilik bagi membina rumah idaman mereka. Kebanyakkan pemilik rumah menggunakan wang simpanan mereka sendiri untuk dijadikan bayaran deposit ini.

Dapatkan Khidmat Hardy Construction & Trading Untuk Realisasikan Rumah Idaman Anda

kos bina rumah atas tanah sendiri

Hardy Construction & Trading adalah kontraktor pakar di dalam bidang pembinaan rumah dan merupakan pembekal barang binaan berkualiti di sekitar Pantai Timur. Syarikat yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan ini merupakan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak dari tahun 2014 lagi. Antara misi penting Hardy Construction & Trading adalah menjadi sebuah syarikat pembinaan rumah yang memiliki standard yang tinggi, memberi fokus terhadap permintaan pelanggan serta sentiasa mementingkan kualiti servis dan produk kepada pelanggan.

kos bina rumah atas tanah sendiri

Hardy Construction & Trading pasti dapat merealisasikan impian anda untuk memiliki rumah di tanah sendiri. Rata – rata yang risau akan kos bina rumah yang kian meningkat pasti akan lebih bertenang apabila berurusan dengan Hardy Construction & Trading ini. Ini kerana mereka juga dikenali sebagai kontraktor pembinaan rumah yang paling murah di Kelantan.

Kenapa Perlu Memilih Hardy Construction & Trading?

kos bina rumah 2 tingkat atas tanah sendiri

Sesuai dengan tagline Hardy Construction & Trading iaitu ” Mudah Baso, Seney Kiro ” ini bermaksud mereka akan cuba permudahkan apa yang anda inginkan dalam membina rumah idaman itu nanti. Mereka akan memberikan fokus dan komitmen yang terbaik untuk anda. Jom lihat sebab – sebab kenapa anda perlu memilih Hardy Construction & Trading ini.

Mempunyai Pakar Melukis Pelan

kos bina rumah atas tanah sendiri

Segala urusan yang berkaitan pelan akan diselesaikan oleh pasukan Hardy Construction & Trading. Kos bina rumah anda dapat dijimatkan kerana pasukan Hardy Construction & Trading sendiri akan nukilkan pelan rumah idaman anda itu nanti. Pasukan mereka pula merupakan antara yang berpengalaman serta berkemahiran di dalam bidang lukis pelan rumah. Anda hanya perlu bagitahu sahaja reka bentuk rumah yang anda inginkan.

Urusan Pinjaman Perumahan

kos bina rumah atas tanah sendiri di kelantan

Perkara yang penting dalam urusan pinjaman perumahan adalah proses penyediaan dokumen, prosedur tandatangan serta prosedur kelulusan pinjaman. Setiap prosedur memerlukan satu tempoh yang tertentu untuk diselesaikan. Urusan pinjaman perumahan ini sangat berkait rapat dengan urusan di pejabat guaman. Namun, semua urusan dapat diselesaikan sekiranya anda menggunakan servis kontraktor berlesen Hardy Construction & Trading ini.

Perlantikkan Peguam

harga bina rumah atas tanah sendiri

Peguam dari firma guaman yang bertauliah perlu dilantik bagi menguruskan perihal pembayaran dan pinjaman rumah yang anda ingin bina nanti. Kos bina rumah berkaitan kos guaman ini bergantung pada yuran guaman yang bakal ditetapkan nanti. Anda risau untuk uruskan sendiri? Segalanya akan menjadi mudah apabila pakar yang berpengalaman dalam Hardy Construction & Trading menguruskan bagi pihak anda.

Proses Pembinaan Rumah

harga bina rumah atas tanah sendiri

Hardy Construction & Trading mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam bidang pembinaan rumah. Segala kerja dan proses pembinaan akan dilakukan dengan tempoh yang segera bergantung kepada kadar bayaran yang telah dipersetujui oleh pemilik rumah. Apabila pekerja berpengalaman melakukan proses pembinaan rumah, maka kualiti rumah anda nanti pasti setanding dengan kos binaan rumah yang telah anda peruntukkan nanti.

Khidmat Ubahsuai Rumah Dari Hardy Construction & Trading

kos bina rumah 2 tingkat atas tanah sendiri

Apabila sudah mempunyai rumah sendiri, pasti jiwa berkobar – kobar untuk melakukan renovasi dan dekorasi yang lebih cantik dan menarik. Kos renovasi juga agak tinggi jika anda membuat kajian di pasaran hari ini. Namun, anda jangan risau kerana Hardy Construction & Trading juga ada sediakan khidmat untuk mengubah suai rumah. Mereka mempunyai pasukan yang berkemahiran dan berpengalaman dalam melakukan ubahsuai rumah yang sedia ada. Yang lebih menarik, kualiti barang dan produk yang digunakan adalah terdiri daripada standard yang tinggi.

kos bina rumah 2 tingkat atas tanah sendiri

Pasukan Hardy Construction & Trading akan melakukan proses pengubahsuaian rumah mengikut standard piawaian supaya semua binaan dan runtuhan dalaman tidak akan menjejaskan kestabilan struktur binaan asal rumah. Anda juga boleh memberikan idea serta gambaran renovasi yang anda inginkan pada pasukan Hardy Construction & Trading nanti.

Jimatkan Kos Bina Rumah Dengan Hardy Construction & Trading

kos bina rumah 2 tingkat atas tanah sendiri

Kenapa nak bazirkan duit, sekiranya anda mempunyai peluang untuk membuat lebih penjimatan. Lagi pula, nanti dah ada rumah sendiri, duit yang lebih boleh digunakan untuk pembelian perabot baru pula. Nak tahu cara dan tips penjimatan kos bina rumah atas tanah sendiri dengan lebih lanjut? Anda boleh hubungi info di bawah ini.

Hardy Construction & Trading | Jimatkan Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
Laman Web : https://www.hardyconstruction.com.my/
Hotline 1 : Tekan untuk telefon (016-4448949) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2 : Tekan untuk telefon (019-9288156) | Tekan untuk WhatsApp

Alamat Premis Perniagaan :
PT 1670 Tingkat 1, Bangunan Yakin Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian 16150, Kota Bharu, Kelantan.