Memiliki sebuah rumah tersendiri merupakan idaman semua orang tidak kira tua mahupun muda. Ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana pembinaan rumah akan mengambil masa yang sangat lama dan kos yang tinggi. Ramai orang terutamanya orang muda tidak dapat memiliki rumah tersendiri disebabkan oleh masalah ini. Tambahan pula dengan kos sara diri yang semakin meningkat dan membuatkan ramai orang terpaksa menyewa rumah.

plan rumah idaman 2019

Sebenarnya, anda mampu memiliki rumah tersendiri sekiranya anda tahu cara dan pelan untuk membina rumah dengan kos rendah. Malah, rumah tersebut boleh memiliki 3 hingga 4 bilik. Jadi, sebelum anda membina rumah, pastikan anda mempunyai ilmu yang cukup ataupun anda boleh menggunakan perkhidmatan kontraktor binaan. Binaan rumah di atas tersendiri adalah lebih baik kerana anda bebas untuk membuat apa sahaja rekaan yang anda mahukan. Berikut adalah pelan  yang anda boleh ikuti untuk mendapatkan rumah terbaharu dengan kos rendah.

Plan Bina Rumah

Jenis Pelan Rumah

Apakah yang dimaksudkan dengan pelan rumah dalam sektor pembinaan??Pelan rumah adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terpeinci  oleh pelukis pelan rumah atau mana-mana orang yang pakar dalam melukis pelan. Jika dulu pelan dilukis menggunakan tangan tapi bila teknologi sekarang semakin canggih ianya telah dinaik taraf melukis  menggunakan program AutoCad atau Ravit.

plan rumah kos rendah 2019

Sebelum kita melihat pelan rumah, mari kita lihat jenis – jenis pelan untuk sebuah rumah. Pelan rumah mempunyai  3 jenis iaitu Pelan Arkitek,Pelan Pembentungan dan Pelan Struktur.

Pelan Arkitek

Pelan Arkitek mengandungi Pelan lantai Pelan pandangan hadapan dan belakang, Pelan pandangan sisi kiri atau kanan atau kedua-duanya, Pelan keratin, Pelan lokasi, Pelan kunci, Pelan tapak.Pelan arkitek menggambarkan rekabentuk sesebuah rumah yang di tunjukkan dengan terpeinci berkenaan dengan ukuran, jenis bahan yang digunakan, rekabentuk bumbung, sistem bekalan air / eletrik, kedudukan rumah di dalam lot tapak rumah dan banyak lagi.

plan rumah kos rendah 2019

Selalunya  Pelan lokasi, pelan kunci dan pelan tapak akan diserahkan terlebih dahulu ke Jabatan Perancang Bandar bagi tujuan penyemakan dan mendapatkan kelulusan dari jabatan Ngegri tersebut. Jabatan Perancang Bandar akan menyemak terlebih dahulu status lot tanah berdasarkan salinan geran tanah. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti tiada apa-apa masalah jika dibandingkan dengan draf/pelan perancangan masa depan oleh kerajaan tempatan.

Pelan Pembentungan

Pelan Pembentungan ialah pelan sistem aliran sisa-sisa air buangan dan najis seperti septic tank, waste paip, manhole dan soakway pit. Pelan septic tank dilukis mengikut seperti spesikasi yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar  barangan tersebut. Terdapat beberapa jenis septic tank di pasaran dan pihak pengeluar sebenarnya telah pun mendapatkan sijil kelulusan sebelum ia dipasarkan dan digunakan. Pelan septic tank yang diserahkan kepada Jabatan Pembentungan di negeri seluruh Negara adalah untuk memastikan kita menggunakan septic tank yang diluluskan saja.

plan rumah idaman 2019

Pelan Struktur

Pelan struktur dibuat setelah pelan arkitek  sudah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di daerah masing-masing. Pelan struktur dilukis bagi menunjukkan struktur rumah seperti saiz dan ukuran tapak asas,grd. Beam, roof beam, tiang dan ditunjukkan saiz , ukuran dan bilangan tetulang besi yang ada dalam setiap struktur bangunan. Pelan struktur selalunya akan diberikan kepada site supervisor untuk mereka faham terlebih dahulu jenis bahan yang digunakan sebelum diberikan kepada tukang.

pelan rumah menarik 2019

Pelan Rumah Untuk 3 Bilik dan 4 Bilik Dengan Kos Rendah

Rumah yang besar boleh memberikan anda keselesaan terutamanya jika anda mempunyai keluarga yang besar. Jadi, anda boleh menggunakan pelan – pelan rumah seperti di bawah untuk membina rumah di atas tanah anda sendiri.

Pelan Rumah 3 Bilik

Pelan 1

Plan Bina Rumah

Pelan 2

Plan Bina Rumah

Pelan 3

Pelan 4

pelan rumah menarik 2019

Pelan Rumah 4 Bilik

Pelan 1

jenis plan rumah

Pelan 2

plan rumah kos rendah 2019

Pelan 3

Plan Bina Rumah

Pelan 4

Senarai Semak Sebelum Anda Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri

Anda akan menerima pelbagai jenis kelebihan sekiranya anda membuat rumah di atas tanah anda sendiri. Namun, pastikan anda membaca dahulu senarai semak yang diberikan agar anda dapat membuat pelan bina rumah dengan lebih efektif.

Kos Pembinaan Rumah

Pembinaan rumah tidak semestinya memerlukan anda untuk mengeluarkan kos yang besar. Anda hanya perlu memastikan kos tersebut tidak melebihi dari kos membeli rumah agar anda tidak rugi. Selain itu, pastikan juga anda menggunakan perkhidmatan dari kontraktor pembinaan yang dipercayai agar anda tidak ditipu dan tidak kehilangan wang yang banyak. Tentukan penggunaan bahan dan pelan bina rumah agar anda boleh menentukan bajet dengan baik.

jenis plan rumah

Pemilihan Konsep

Rumah yang anda beli dari pemaju selalunya tidak akan mengikut citarasa anda. Konsep pembinaan rumah adalah bebas bagi anda yang mahu membuat rumah di tanah sendiri. Anda boleh memilih apa sahaja konsep yang anda mahukan dan juga pelan bina rumah yang unik dan tersendiri. Antara konsep rumah yang digemari ramai adalah tradisional, moden dan kontemporari. Anda juga boleh menggunakan konsep ini di bahagian dalaman rumah anda. Jadi, anda akan mendapat rumah yang anda minati.

pelan rumah menarik 2019

Keluasan Tanah

Sebelum anda melukis pelan bina rumah, pastikan anda mengetahui keluasan tanah anda agar anda tidak tersilap memilih pelan. Hal ini kerana, keluasan tanah akan mempengaruhi rupa rumah yang anda akan bina. Ia adalah penting untuk anda mendapatkan ukuran keluasan tanah anda sebelum menggunakan perkhidmatan kontraktor binaan. Hal ini kerana, anda akan menentukan jenis pelan rumah yang mahu dibina dan kontraktor binaan akan menanyakan ukuran keluasan rumah anda sebelum mereka dapat menyediakan pelan yang betul.

plan rumah kos rendah 2019

Batu Sempadan Tanah

Setiap tanah yang dimiliki oleh sesiapa sahaja akan mempunyai satu batu sempadan yang menentukan sempadan tanah anda. Batu ini ada yang boleh diubah dan ada yang tidak boleh diubah. Tetapi, anda tidak boleh mengubah batu ini sesuka hati kerana jika anda melanggar sempadan tanah orang lain, anda akan dikira sebagai penceroboh dan anda boleh disaman. Jadi, pastikan anda mengetahui di mana batu sempadan anda dan ukur keluasan tanah sehingga di penghujung batu sempadan sahaja.

Mencari Kontraktor Binaan Yang Boleh Dipercayai

Langkah seterusnya dalam membina rumah adalah dengan mencari kontraktor binaan yang boleh dipercayai dan berpengalaman dalam membina rumah. Anda boleh mencari kontraktor binaan secara online kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Namun, anda perlu memastikan bahawa kontraktor tersebut adalah sah dan mempunyai testimoni dari pelanggan yang berpuas hati. Anda boleh meminta gambar sebagai bukti yang kontraktor itu adalah kontraktor yang sah.

plan rumah idaman 2019

Jenis Tanah

Ia mungkin kelihatan mudah, tetapi jika anda tidak menyemak jenis tanah sebelum membina rumah, anda akan ditimpa masalah yang amat besar. Tanah yang lembut perlu mempunyai cengkaman yang lebih kuat dan ia memerlukan tapak yang lebih kukuh. Meskipun tanah anda kelihatan kering di bahagian atas, tidak semestinya ia kukuh. Jadi, anda perlu menggunakan perkhidmatan orang yang lebih mahir seperti kontraktor binaan agar rumah anda dapat bertahan.

plan rumah idaman 2019

Hardy Construction – Kontraktor Binaan Rumah Mengikut Bajet Anda

Anda boleh menggunakan perkhidmatan Hardy Construction sekiranya anda mahu mendapatkan konstruktor binaan rumah yang berpengalaman dan dapat membina rumah idaman anda dengan cepat dan mengikut bajet tersendiri. Kami memberikan fokus kepada permintaan pelanggan dan sentiasa mementingkan mutu servis dan produk.

jenis plan rumah

HARDY CONSTRUCTION & TRADING berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) pada 02/12/2014. No Pendaftaran Peniagaan Hardy Construction & Trading (KT0359849). Syarikat ini beroperasi di PT 1670 Tingkat 1, Bangunan Yakin Jln Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian 16150, Kota Bahru, Kelantan. Kepakaran Syarikat Hardy Construction & Trading adalah dalam bidang pembinaan rumah dan merupakan pembekal barang binaan yang berkualiti tinggi di sekitar Pantai Timur.

Servis Yang Disediakan Oleh Hardy Construction

Kami menyediakan servis yang lengkap untuk anda membina rumah impian anda. Berikut adalah servis yang kami tawarkan kepada para pelanggan;

Bina Rumah/ Ubahsuai Rumah

Kepakaran kami adalah menghasilkan rumah idaman anda mengikut spesifikasi yang anda kehendaki. Selain dari membina rumah, kami juga mempunyai kepakaran dalam mengubah suai rumah mengikut keperluan anda. Jadi, anda boleh membina dan mengubahsuai rumah anda dengan kepakaran kejuruteraan kami yang berkelayakan.

jenis plan rumah

Lukisan Pelan 3D

jenis plan rumah

Arkitek dan pelukis pelan akan menghasilkan lukisa pelan 3D supaya anda mendapat gambaran jelas rupabentuk rumah yang anda inginkan. Dengan rekaan penuh 3D membantu anda dan kami memberikan bajet yang paling optimum.

Kerja Elektrikal dan Perpaipan

Sistem elektrikal pendawaian rumah dan perpaipan mestilah mematuhi standard supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Hardy Construction memiliki pasukan mahir dalam mengendalikan sistem pendawaian dan perpaipan yang standard.

plan rumah idaman 2019

Kenapa Anda Perlu Memilih Hardy Construction?

Berikut adalah kelebihan yang anda akan terima sekiranya anda menggunakan servis kami;

Rumah Mengikut Bajet Anda

Kami tidak mahu membebankan pelanggan dengan kadar yang tidak munasabah. Bergantung kepada kemampuan anda, kami akan rekabentuk rumah anda mengikut spesifikasi dan kos yang anda rasa mampu untuk keluarkan. Kami akan memastikan setiap bahan yang digunakan adalah berkualiti dan membantu anda untuk mendapatkan rumah idaman yang tahan lama dan cantik.

Plan Bina Rumah

Rumah Mengikut Citarasa Anda

Rekaan rumah adalah seni. Kami tidak membataskan imaginasi anda untuk menzahirkan rumah idaman. Bagi kami, idea anda haruslah diterjemahkan kepada realiti. Berikan idea anda, kami pasti akan berusaha menyiapkannya. Kami akan membina rumah mengikut cita rasa pelanggan dan memastikan anda menyukai pelan yang kami sediakan sebelum kami menerima.

pelan rumah menarik 2019

Pembayaran Secara Ansurans

Anda mungkin bimbang tidak mampu menyediakan kewangan dalam masa yang singkat? Tidak ramai yang boleh menyediakan wang tunai yang banyak dalam masa yang singkat. Hardy Construction memudahkan anda dengan menawarkan kaedah skim pembayaran secara ansurans berperingkat yang amat memudahkan.

pelan rumah menarik 2019

Jadi, pastikan anda menggunakan perkhidmatan dari Hardy Construction kerana kami merupakan kontraktor binaan yang boleh merealisasikan impian anda untuk membina rumah idaman dalam masa yang singkat dan harga yang berpatutan.

Hardy Construction & Trading | Jimatkan Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
Laman Web : https://www.hardyconstruction.com.my/
Hotline 1 : Tekan untuk telefon (016-4448949) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2 : Tekan untuk telefon (019-9288156) | Tekan untuk WhatsApp

Alamat Premis Perniagaan :
PT 1670 Tingkat 1, Bangunan Yakin Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian 16150, Kota Bharu, Kelantan.